Kamis, 25 Oktober 2007

Artikel

Internet ialah satu rangkaian komputer yang sangat luas dan besar. Ia meliputi sekumpulan komputer atau server saling berhubung diantara satu sama lain. Internet dihubungkan melalui kabel, satelite dan sebagainya. Segala-galanya boleh didapati di internet kerana ia global. Semuanya perhubungan ini duhubungkan dengan satu protokol TCP/IP [Transfer Control Protocol/Internet Protocol].Kegunaan Internet ni banyak :

1. Tempat mencari maklumatKebanyakkan pengguna internet menggunakan internet sebagai tempat mencari maklumat. Pelbagai maklumat dapat dicapai dengan mudah dimana saja seluruh dunia. Pengguna dapat mencari maklumat menggunakan enjin carian dengan menaip kata kunci yang diinginkan.Anda juga boleh gunakan internet untuk membaca surat khabar secara online seperti di website berita harian, utusan malaysia & harian metro.
2. PerhubunganPengguna juga boleh menggunakan mel-elektronik [e-mail] sebagai perhubungan diantara satu sama lain. E-mail menggantikan kaedah lama penghantaran surat kerana ianya percuma, murah dan cepat.Pengguna juga boleh berhubung atau berbual dengan menggunakan IRC [Internet Relay Chat]. Aplikasi ini cukup digemari oleh pengguna seluruh dunia kerana pengguna hanya perlu berinteraksi dengan keyboard menggantikan perbualan menggunakan telepon.
3. HiburanIni juga adalah salah satu kegunaan internet yang amat digemari oleh pengguna internet. Pengguna boleh mendapat maklumat tentang hiburan seperti maklumat filem-filem, album-album. Tetapi keseluruhan pengguna internet lebih gemar men’download ‘ elemen-elemen hiburan seperti mp3, videoklip di youtube, permainan video [games]. betul tak?
4. Memulakan & Memajukan PerniagaanDi Internet juga pengguna boleh berniaga. Pengguna boleh memulakan perniagaan walaupun tiada produk sendiri.. Bagi yang sudah mempunyai perniagaan sendiri, anda boleh memajukan atau mengembangkan perniagaan anda di internet. Perniagaan Internet di Malaysia ni masih baru dan anda belum terlambat untuk memajukan perniagaan anda. Sebagai contoh anda boleh membuat pengiklanan tentang perniagaan anda di internet.
5. Lain-lain :

*Forum - Pengguna dapat berbincang sesuatu topik bersama.

*Blog - Menulis Blog, mengemaskini blog peribadi, membuat blog info, blog perniagaan, friendster dan myspace

*Perbankan online - mengggunakan perbankan online [maybank2u] untuk pembayaran bil.

*Mencari Pendapatan Sampingan

Tidak ada komentar: